Dalam banyak-banyak customer, lebih 50% membaca kisah ini terdiri daripada penyedia PA System atau event organizer.

Apa yang mereka lakukan adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan sebelum melakukan sebarang urusniaga.

Sama juga dengan urusan offline, reputasi peniaga perlulah dijaga bagi menjamin kesinambungan perniagaan.

Maka, saya nasihatkan bakal-bakal pembeli/pelanggan di luar sana sentiasa berhati-hati semasa berurus niaga secara maya. Antara langkah-langkah berwaspada yang boleh diambil sebelum membayar atau mendepositkan sebarang perkhidmatan atau jual beli adalah:

1. Kenalpasti siapa yang menjalankan perniagaan tersebut
2. Cari blog/facebook/website dan juga no telefon, alamat si penyedia perkhidmatan
3. Nilai reputasi sama ada daripada blog lain, blog penyedia, bekas pelanggan, dan lain-lain lagi menggunakan pelbagai saluran
4. Telefon atau email atau whatsapp atau wechat untuk menghubungi peniaga bagi mengesahkan kewujudan beliau
5. Dapatkan resit daripada setiap transaksi yang telah anda lakukan atau simpan resit transaksi anda.

Semua perkara di atas adalah penting untuk dilakukan jika perkhidmatan atau barangan estore kedai online adalah meragukan.

Berwaspadalah semasa transaksi di Internet.

P/S: Teringat seorang pelanggan bernama Syafrina yang sanggup datang berjumpa membayar deposit kerana tidak percaya dengan transaksi online. Agak ‘rare’ juga orang sebegini pada zaman teknologi ini. Hehe. Beliau seorang gadis tinggi, cantik, dan lincah yang telah selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka tampan tahun lepas di FRIM. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

P/S 2: Sempena dengan Maal Hijrah pada tahun ini, saya memaafkan Abg Z walaupun beliau masih belum membayar wang setelah setahun lebih menanti. InsyaAllah semoga hatiku lebih tenang selepas ini. No telefon beliau telah di’filter’ supaya tidak mendatangkan kemudharatan kepada beliau, dan kisah tidak akan dipadam untuk pengajaran semua.