Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu ketika dahulu projektor kami mengalami simptom projection berbintik-bintik hitam berkelip di bahagian tepi. Sekali tengok di ball lampu projektor tersebut tiada apa-apa. Bintik-bintik tersebut seakan-akan piksel bagi satu-satu gambar. Maka, kalau bukan disebabkan lampu (lamp) projektor, cuma satu sahaja sebabnya. Ia adalah kerana cip DLP bagi projektor DLP tersebut telah rosak.

Mengetahui hal tersebut, pada mulanya kami telah mencari di Low Yat dan juga sumber internet untuk penggantian cip tersebut, namun tidak menemuinya. Kebanyakannya mencadangkan untuk membeli projektor yang baru sahaja, kecuali satu tempat yang menawarkan harga agak tinggi untuk cip tersebut. Walau bagaimanapun, dia masih tidak menjanjikan dengan penggantian chip tersebut projektor boleh dibaiki. Selain itu, kami juga telah berjaya mendapat seorang pembekal yang boleh dipercayai daripada China menerusi internet dengan harga yang murah. Cuma penggantian perlu dilakukan sendiri.

Alhamdulillah, setelah semak kembali resit Projektor tersebut, ia masih dalam tempoh warranty. Walaupun mengambil masa agak lama untuk claim, dan kami pun telah menambah bilangan projektor waktu tersebut, projektor itu berjaya dibaiki dengan jayanya. Alhamdulillah.

Untuk maklumat asas mengenai teknologi DLP anda boleh rujuk laman web ini: http://www.dlp.com/technology/how-dlp-works/