Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi sedikit tip-tip berkenaan projektor kepada pembaca semua. ANSI lumen ialah istilah yang tidak asing lagi dengan projektor kerana ia adalah berkaitan dengan kecerahan. Hal ini mudah dijelaskan dengan: Semakin cerah sesuatu tempat itu, semakin tinggilah ANSI Lumen projektor diperlukan bagi membolehkan ia terpapar.

ANSI lumen ialah American National Standard Institute untuk kadar lumen yang dipancarkan dan semakin tinggi lumen, semakin cerah pemancaran projektor itu. Tetapi secara praktikalnya, ia lebih berkaitan dengan keadaan sekeliling sama ada gelap atau cerah. Jangan keliru tuan puan dengan semakin tinggi ANSI lumen, semakin baik projektor itu, kerana ia juga berkaitan dengan keperluan tuan-puan sendiri. Harga projektor untuk ANSI lumen yang rendah juga lebih murah berbanding ANSI lumen tinggi.

Bagi ANSI lumen yang rendah atau kurang daripada 2000, projektor memerlukan keadaan sekeliling yang malap atau gelap bagi membolehkan ia memaparkan gambar atau video anda. Jika anda mempunyai atau menyewa projektor yang mempunyai ANSI lumen yang rendah, anda masih boleh menggunakannya dalam keadaan indoor, dan kurang cahaya.

Jadi untuk pemilihan projektor, pastikan anda memilih projektor yang mempunyai ANSI lumen yang tinggi untuk membolehkan ia;
i) beroperasi pada kecerahan outdoor atau dengan cahaya lampu yang ada,
ii) beroperasi dengan adanya cahaya lampu dalam sesuatu bilik (indoor)

Kebanyakan projektor yang mempunyai ANSI lumen 2000 dan ke atas boleh beroperasi dalam kedua-dua keadaan di atas.

Alhamdulillah setakat ini majlis outdoor berjaya dengan menggunakan projektor daripada kami kerana ansi lumen sewaprojektor.com mempunyai lumen yang lebih daripada 2500.

Semoga tip ini membantu. 🙂