Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Hari Perkahwinan adalah saat yang paling dinantikan oleh mana-mana pasangan yang baru berkahwin. Hanya pada ketika inilah ‘moment’ tersebut akan diabadikan dalam hidup. Selepas ini dalam mana-mana majlis perkahwinan yang akan dihadiri, kenangan majlis sendiri akan sentiasa terpahat diminda. Sebolehnya pada ketika ini diharapkan tiada sebarang masalah yang tidak dapat diatasi oleh pasangan tersebut.

Persiapan demi persiapan telah dilakukan. Ia adalah tipikal untuk semua majlis perkahwinan dengan Nasi Minyak dan tempahan dewan atau khemah lengkap dengan P A System beserta DJnya, namun terdapat satu perkara yang tidak ketinggalan oleh pasangan pengantin pada zaman sekarang – tayangan moment saat hidup mereka dalam fasa-fasa tertentu daripada dilahirkan hinggalah menempuh baru.

Sepanjang pengalaman saya membantu menjayakan event, kombinasi DJ dan juga tayangan video dan gambar bagi pasangan mempelai cukup memberikan impak kepada tetamu. Mereka akan membicarakan gosip2, kenangan2, dan tidak kurang juga memberikan impian kepada mereka pada saat tontonan tersebut. Sedikit sebanyak cebisan memori akan terukir pada kata-kata tetamu terutama tetamu yang dekat dengan mana-mana pasangan. Bagi tetamu yang kurang rapat pula, video tersebut akan menghiburkan selain memberi idea tentang si pasangan raja sehari.

Kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan, jangan lupa untuk turut masukkan tayangan video dan gambar ke dalam senarai agenda pada hari perkahwinan. Untuk jenis yang bajet dengan servis tip top, anda boleh tempah daripada Zaidi sewa projektor di talian 0174621216. Selain projektor, PA System juga turut disediakan beserta dengan DJ.

P/S: Projektor yang mengisahkan perihal majlis perkahwinan saya telah ditayangkan pada majlis buka hadiah pada malam tersebut. Agak meriah kerana suasana malam, dan ramai tetamu teruja melihat gambar mereka sendiri hasil editing prifessional pantas rakan-rakan daripada 5ruzstudios.com