Alhamdulillah..

Berkat sokongan dan kepercayaan anda semua, kami telah meningkatkan bilangan projektor iaitu kepada 3 projektor selain turut join-venture dengan beberapa penyedia projektor yang lain bagi memenuhi keperluan majlis penting atau istimewa anda.

Jadi kali ini anda tidak perlu risau lagi jika majlis anda memerlukan dua atau tiga projektor sekalipun kerana kami akan berusaha memberikan yang terbaik buat anda. Teringat saya pada satu majlis, permintaan seorang DJ untuk menggunakan tiga projektor, tidak dapat dipenuhi atas kekangan tertentu. Namun kali ini kami menawarkan lebih daripada tiga projektor kepada anda.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan semua. Semoga usaha dan majlis-majlis yang akan diserikan, diberkatiNya.

Jadi, apa tunggu lagi, tempah projektor anda sekarang. 🙂