Sudah tiga minggu berlalu, namun payment untuk sewa projektor untuk satu majlis perkahwinan di Cheras masih belum kedapatan.

Bukannya banyak, cuma RM150 sahaja. Dan kebanyakan penyedia PA Sistem akan pejam mata membayar dahulu duit projektor kepada saya walaupun belum mendapat payment perkhidmatan mereka.

Ceritanya begini. Seminggu sebelum itu, saya telah dihubungi oleh seseorang yang bernombor telefon 01234425xx. Beliau bertanya akan projektor availabioity pada minggu hadapannya. Cuma bertanya. Saya cakap ada. Dia cakap kalau jadi, dia akan confirmkan. Tapi seminggu berlalu, tiada confirmation.

Jadi saya plan pulang kekampung isteri di Melaka pada Ahad tersebut kerana ramai sedara mara pulang. Pada pagi tersebut, pukul 8.30 pg, saya dapat panggilan daripada no 01234425xx yang memperkenalkan diri sebagai Z untuk menyewa projektor secara urgent. Saya terpaksa kensel pulang kekampung dengan harapan dapat membantu si Abg Z ini. Bukannya saya nak duit sangat pun, cuma kasihan dalam marah kerana beliau tidak confirm awal-awal.

Saya datang setup seawal 9 pagi kerana beliau mahu segera. Namun apabila sampai, tiada kelibat Abg Z pun. Setelah telefon, baru beliau katakan yang beliau masih dalam perjalanan dan sampai di sana dalam 10.30 pg. Sudahlah last minit, lambat pula tu. Amat menyusahkan betul.

Lepas beliau setup dan saya setup, saya cuba korek berkenaan beliau. Beliau mengatakan beliau bekerja full time di bank HSBC KL sebagai Manager. Riak sungguh beliau, dan beliau agak skeptik dengn pekerja kerajaan kerana beliau mengatakn pekerja kerajaan tidk berfikiran ke hadapan. Saya fikirkan kalau manager HSBC, sudah tentu gaji pun tinggi. Tidak perlu menjadi DJ di sini.

Namun beliau mengatakan yang kerja ini hanya “tolong bini” sahaja kerana bini beliau mempunyai butik dan penyedia pelamin di Bandar Seri Putra. “Biniaku buat butik, aku pulak ada 3 set PA Sistem. Banyak sangat, jadi ni kalau ada permintaan aku buat jugak lah. Ni baru satu PA Sistem ni.” Beliau berkata dengan riaknya. Aku pada mulanya kagum dengan orang sebegini. Sanggup buat part time walaupun sudah jadi manager kepada bank terkemuka di dunia.

Petang itu, semasa kemas barang ke dalam MyVi hitamnya, saya bertanya tentang payment. Beliau menjawab yang beliau masih menanti payment daripada keluarga pengantin. Saya pun turut bersabar. Terfikir juga kenapa saya perlu menunggu kerana bukan saya deal directly dengan mereka. SepatutnyaRM150 tersebut dibayar kepada saya terus. Namun saya masih bersangka baik, mungkin beliau tiada duit cash.

Setelah keluarga pengantin berjumpa dengan abg Z tersebut, beliau membicarakan sesuatu. Kemudian abg Z datang menghampiri saya dan berkata payment dalam malam ini, tak pun esok pagi kerana keluarga pengantin menyuruh beliau dtang berjumpa pada malam itu. Saya kemudian diminta no akaun untuk transfer. Bukan no akaun HSBC, tapi no akaun Maybank. Saya pun ada akaun HSBC untuk memudahkan transfer, saya cakap. Namun beliau berkata, beliau suka Maybank lagi untuk urusan luar. Jadi saya pun berikan akaun Maybank kepada manager yang memberikan kad bisnes HSBC bernama Zainuddin Mxxx Rxxxx itu.

Pada malam itu saya mesej, sudah masuk atau belum payment? Beliau reply, malam ni tak sempat kerana beliau agak busy. Beliau berkata esok, InsyaAllah.

Esoknya saya mesej lagi, beliau cakap tak sempat lagi pergi mengambil payment. Dan beliau berjanji dalam minggu ini juga.

Untuk rekod semua, inilah payment terlambat yang pernah saya terima, eh belum trima lagi, sepanjang 3 tahun berecimpung dalam bidang ini. Selalunya, keesokan harinya sahaja sudah dapat payment.

Pada selang sehari berikutnya, saya masih tidak puas hati, lalu mesej beliau lagi bila tarikh sebenar payment akan dapat. Abg Z reply, habis lewat Ahad ini, yakni tepat seminggu. Saya cakap, baiklah, saya tunggu.

Pada Ahad tersebut saya mesej bila akan dapat payment? Mesej saya tiada reply. Namun mesej tersebut telah ‘delivered’. Saya bersangka baik kemungkinan  beliau busy pada waktu tersebut.

Esoknya saya mesej lagi bertanyakan payment, namun tidak berjawab. Lusa pun sama. Setelah seminggu saya masih bertanya, namun tidak berjawab. Nak ikutkan hati mahu sahaja saya mencari brader ‘manager’ HSBC tersebut untuk membayar payment yang cuma 1% (RM150) sahaja daripada gaji manager HSBCnya (anggapan RM15,000) di rumah yang terletak di township house berdekatan Restoran Haji Tapah, Bandar Seri Putra tersebut.

Sehingga hari ini sudah tiga minggu saya menunggu payment tersebut ataupun jawapan dan sebab kenapa tak bayar. Saya seorang yang open. Pernah saya mesej, jika abang Z cakap tak mampu bayar, saya boleh halalkan, namun tiada jawapan. Saya juga pernah offer untuk memberikan sejumlah wang pula kepada beliau kerana memikikan ketidakmampuan beliau membayar RM150 tersebut. Dan saya benar ikhlas jika beliau menjawabnya.

Kesimpulannya, saya akan terus menunggu jawapan dan payment tersebut, dan kepada di luar sana, berhati-hatilah kepada seseorang yang bernombor telefon 01234425xx ini.

Sekian.