Sambungan daripada kisah yang lepas, ingin saya coretkan sedikit update berkenaan perkara tersebut. Mungkin sedikit sebanyak mnjadi pengajaran bagi dua-dua belah pihak supaya lebih berhati-hati.

Semasa saya di London atas urusan kerja selama hampir dua bulan, saya ada menghubungi seorang rakan PA system yang juga mempunyai seorang pekerja yang mengenali Abang Z. Saya ada mengutarakan kisah tersebut, dan pesan beliau supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Beliau juga berpesan untuk mengambil deposit selepas ini. At least, katanya, dapatlah jugak sedikit walaupun sedikit. Saya kini mengambil kata-katanya tersebut.

Sepanjang ketiadaan saya di Malaysia, hal berkenaan projektordiuruskan oleh seorang rakan yang amat dipercayai iaitu En Hakim. Beliau telah menjayakan pelbagai event pelanggan tersayang, dan sedikit sebanyak mempunyai kisah manis dan pahit tersendiri. Tergelak saya mendengarnya sewaktu mengeteh berpindah tangan semula projektor sekembalinya saya pada hari tersebut.

Berbalik semula kepada kisah abang Z, pada satu hari, saya ada menerim panggilan daripada beliau semasa di sana. Tak tergamak saya mengangkatnya walaupun saya ada buat roaming line Malaysia pada ketika itu bagi membolehkan customer menghubungi saya walaupun pada ketika 3 pagi. Hehe. Setiap minit menerima panggilan akan dicas rm4.30, dan untuk abang Z, after what he has done, I dont think it worth a minute for me to talk to him. Saya pernah mengangkat telefon untuk 10 minit lamanya bagi customer yang bertanya (dia tak jadi sewa pun, cuma bertanya), tapi tidak untuk abang Z. Kemudian, saya msg beliau bertanya, apakah kemahuannya.

Ada 3 projektor tak? Ada event Ahad ni, nk 3 projektor. Urgent.

“What the …. apsal pula ttiba ni,” kata hati saya, “nak urgent tau plak cari, bila tang payment lari.”

Ya Abang Manager HSBC, yang dulu bagaimana?

Sorilah dulu abang kena pergi Hong Kong, tak bawak telefon. Tinggal kat Malaysia.

Berdering pulak Hp tu selama sebulan. Msg pun delivered. Tapi maaflah abang, saya pun berada luar negara ni.

Owh xde kengkawan ke yang boleh tolong? Payment abang bayar terus termasuk yang dulu. Ni payment dh ada dalam tangan. RM600 termasuk semua kan.

Maaflah, saya tak dapat nk tolong kali ini.

Saya pun masih menunggu payment RM150 tersebut dan sehingga post ini dibuat, saya belum menerima hutang itu. Jadi memang tidak salahlah jika saya menolak pelawaan itu.

Sekian.