Assalamualaikum w.b.t.,

Sepanjang tempoh 3 tahun (sejak 2010) berkecimpung dalam bidang penyewaan projektor ini, terdapat beberapa pengalaman manis dan pahit yang ditempuhi. Ingin saya coretkan beberapa yang menjadi ingatan atau kenangan yang diingati sepanjang masa. Tiada yang buruk melainkan pandangan diri sendiri. Semua pengalaman mempositifkan diri dan mengajar selok belok perniagaan.

 

Tanpa Laptop dan Kamera Video

Dekan ada menerima satu tempahan daripada satu syarikat yang akan mengadakan satu sesi talk/forum berkenaan kerjaya. Forum yang akan didewan itu dikatakan memerlukan dua buah projektor yang akan dipancarkan pada bahagian depan dan tengah dewan. Dekan pun bersetuju dan telah masukkan dalam schedule.

Tiga hari sebelum acara tersebut, Dekan menghantar mesej mengesahkan semula acara tersebut. Dan beliau pun mengesahkannya. Kemudian, dengan ikutkan rasa tak sedap hati, Dekan menghantar satu lagi mesej untuk bertanyakan sama ada kamera video yang akan digunakan atau laptop untuk persembahan. Agak lama juga menunggu, dan beliau memberikan jawapan, tidak pasti. Tidak lama selepas itu, beliau bertanya sama ada pakej projektor tersebut termasuk dengan video live feed. Dekan jawab tidak, kerana ia adalah harga yang termurah setelah Dekan beri diskaun terbaik walaupun untuk dua projektor tersebut. Jika live feed, ia memerlukan satu video, dan khidmat rakan Dekan yang lain, beserta dengan harga lain.

Disebabkan hari tersebut hari Sabtu, beliau mungkin tidak dapat menghubungi pihak teknikal. Jawapan beliau akan berikan pada hari Isnin. Maka, pada hari Isnin tersebut, beliau mesej yang penyewaan untuk esok dibatalkan. Pada mulanya, Dekan rasa ralat juga kerana tidak mengenakan cas tempahan, namun si bakal penyewa itu agak baik hati dan menyatakan, “En jangan risau, nanti kalau ada majlis ulangtahun kelahiran anak saya, saya akan pakai projektor en.”

Dekan agak terharu mendengarnya walaupun syarikat beliau membatalkan pada saat-saat akhir, mengenangkan itu, beliau akan mengambil secara peribadi.

Kesimpulannya di sini, dengan harga RM150 sehari untuk sewa projektor, pastikan anda tidak terkeliru dengan servis projektor sekali dengan laptop dan live feed daripada video kerana servis tambahan itu memerlukan cas tambahan sehingga RM450 – RM550 sekali acara.

Tak sangka juga, ada yang keliru, dan ia sesungguhnya ialah pengalaman yang amat berharga kerana tidak semua orang mempunyai gambaran akan servis jenis ini. 😉